Wednesday, December 16, 2009

Next Vacation hint!



u rasa?
i rasa...
hihi..
will update more about this soon!!!

XMas light dublin + adi aida







Monday, December 14, 2009

scarf hanger MUST BUY


i lupa apa nama benda ni..
but then u can get from IKEA..
the price in dublin is euro4..
kalau akak2..adik2 ada bnyk sgt scarf bersepah2 dlm gobok..
sila la beli!

yeaayyy!!!
i dah siap gantong all my scarfs..shawls..
handy sgt..sbb u xada la nk pening2 lagi nk cari mana ur fav scarf nak pakai
nak match dgn baju bajan kan..
hihi..

i like this
hope u like too!

sepetang@IKEA dublin


berani guna tema putih?
unless u bt rumah mcm show room je..hihi


suka lampu ni..
gabak bagai..hihi

focus..focus..
boots baru hokey..hihi..
i beli ebay!
5kali murah dr kedai..

love the swivel chair..
lpas krismas kita beli ok!

redmummy
mesti suka ni..
hihi.


beli apa tu dlm troli?

before blk..
set vege hotdog+kopi
eu2.00
kat mesia bape ek?

eu2.00 consider as murah dan boleh makan hari2 kalo malas msk kat umah
sbb umah kami ni bejiran je ngn IKEA..

baikla tu je story weekend..
nak bt repot x siap lg!


Sunday, December 13, 2009

Al-Waqiah dan kamu tersenyum!


Imam Baihaqi meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud berkata,”Aku mendengar Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa yang membaca surat al Waqi’ah setiap malam maka dirinya tidak akan ditimpa kemiskinan.”

InsyaAllah, dgn keyakinan Allah pasti bukakan pintu rezeki dan permudahkan urusan setiap hambaNya yang tak putus berdoa dan mengabdikan diri padaNya..

Setinggi mana kita
Sekaya mana kita
Secantik mana kita
Sebijak mana kita
Seagung mana kita

Itu hanya sementara
Semua anugerah pinjaman
yang tak akan abadi

Rakan2..
cikaida nak kongsi sesuatu apa yg cikaida amalkan..
dr pesanan ibu mertua..
Amalkan surah Al-Waqiah sebolehnya setiap mlm..
Tak lama pon..cuma 4 muka..

Semoga amalan ini
mampu buat kamu tersenyum..
dan percaya
Allah mendengar setiap doa hambaNya..

InsyaAllah

Slm sayang,
cikaida

ps/kamu dah tonton Kun Faya Kun(Indon version)..
ada kat youtube
kamu pasti menitiskan air mata..
dan sedar betapa dugaan yg Allah berikan pada kamu cuma sedikit
masih ramai di luar sana
masih kuat dan tabah
meniti dugaanNya
dan masih percaya
Allah tak pernah menzalimi hambaNya..


Saturday, December 12, 2009

sukaduka di sebalik gelaran 'DR'

(I received this from one of my friend in Austria)
utk semua rakan-rakan dan mereka yg membaca di ruangan ini.
sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman hidup..jika ada yang boleh dijadikan sempadan dan tauladan.atau pengajaran dan cabaran.

pelajar2 saya sering berkata kepada saya.."dr, bestnya ada phd kan ..bestnya jadi pensyarah.. tentu gaji pensyarah besarkan?" itulah yang sering diucapkan kepada saya. dan akhirnya satu hari, saya bertanya di dalam kelas, "boleh tak saya nak ambil masa kamu nak cerita sikit?" semua pelajar saya menjawab serentak "Boleh.." Hari ni saya nak ceritakan pengalaman saya buat phd.. (sambung pelajaran utk dptkan phd).dan mereka meletakkan pen dan pensil utk mendengar cerita saya.

" saya buat phd atas 2 sebab. pertama, memang itu cita2 saya. keduanya, kerana polisi universiti yang menwajibkan setiap pensyarah mesti memiliki ijazah phd. Ada org kata phd..penyakit hasad dengki. tapi bagi kami, phd adalah "permanent head damage" . pelajar2 saya tergelak besar bila mendengar istilah tersebut. Damage bukan bermakna rosak..tapi nak menunjukkan peritnya liku2 hidup yang terpaksa dilalui utk mendapatkan sekeping ijazah bernama Phd..

thn 1997 saya dan suami serta dua org anak ke Birmingham , UK utk melanjutkan pelajaran. suami saya mengambil cuti tanpa gaji selama 3 tahun. Dia menyambung peringkat sarjana dan saya peringkat phd. bermakna anak2 saya akan hidup dengn dua org 'pelajar' yang akan sentiasa sibuk dengan buku2 dan tugasan yang perlu disiapkan. hujung 1997, anak2 saya mendapat tahu mereka akan mendapat seorang adik yang akan dilahirkan pd pertengahan 1998. bertambah lagi satu cabaran..selama 10 bulan, saya berulang-alik ke universiti di mana saya perlu ambil dua bas atau satu bas dan keretapi utk sampai ke universiti. saya tnyakan pada pelajar2 saya, boleh tak awk semua bayangkan bagaimana seorang ibu yg pregnant menjadi pelajar? Kalau dibandingkan dengan kamu semua yang masih solo...tinggal dlm kampus, ada bas disediakan.. tapi ada di antara kamu yg masih lewat datang ke kelas?" Pelajar2 saya terdiam...tidak ada lagi bunyi ketawa. mereka faham, saya sedang 'menyindir' sambil bercerita.

Julai 98, saya selamat melahirkan anak ke3..seorang lagi anak lelaki. dan bulan itu juga suami saya menerima ijazah sarjananya. Dia telah selamat tamatkan sebuah episod..tapi perjuangan saya belum selesai. supervisor meminta saya berusaha lebih gigih..supaya lebih cepat siap dan dapat phd. waktu malm suami saya bekerja part time di kilang cadbury. agaknya kurang selesa hanya tolg menjaga anak2 semasa saya ke universiti. atau tidak selesa tidak ada pendapatan sndiri. ada masanya saya membaca buku atau menaip tugasan sambil meriba anak saya yang masih bayi..dan suami saya pula melayan dua org anak saya yang waktu itu berumur 7 tahun dan 4 tahun. Saya tanyakan kpd pelajr2 saya.." Susah sangatkah kamu belajar dalam keadaan kamu yg masih bujang? kenapa masih ada yg tidak siapkan tugasan yg diberikan pensyarah?"

Bulan Disember 08..saya telah tempah tiket utk kami sekeluarga pulang ke msia pada bulan April. tujuan utama utk mencari data utk kajian phd saya. saya telah mula mbeli hadiah utk adik2 saya dan saudara mara di kampung. Begitu juga dengan suami yg mencari hadiah utk adik beradik dan keluarganya. Bulan januari 09 saya dikejutkan dgn panggilan telefon drpd adik saya.. mberitahu adik lelaki bongsu saya berumur 15 tahun meninggal dlm kemalangan motorsikal dan van kilang tak jauh dari kawasan kampung. Allah saja yg tahu, betapa rindunya saya pada adik kesayangan saya. Adik yg saya jaga seperti seorang ibu menjaga anaknya..dan terngiang2 di telinga saya, adik saya berkata, "Ami dah kurus sekarang..kalau kak long balik nanti mesti terkejut tengok ami..(dia membahasakan diri dia kami sejak kecil, tapi cuma sebut ami). ikutkan hati..saya ingin terbang pulang hari tu juga.utk menatap wajah adik saya buat kali terakhir. tapi saya tak mampu, apatah lagi tiket2 bulan april dah dibayar sepenuhnya. Seharian saya cuma menelefon, bertanya apa yang berlaku. adik2 saya cuma memberitahu, " jenazah dah dimandikan.. dah dikafankan dan dah dikebumikan. " 3 hari 3 malam saya menitiskan airmata..saya tidak menelefon ibubapa kerana tidak mahu mendengar mereka menangis. saya hanya bercakap dengan adik2 di kmpg. Hnya suami menelefon ayah saya dan mengucapkan takziah dan minta bersabar. tapi pada hari adik saya meninggal dunia, saya tetap pergi ke kelas macam biasa. kawan2 bertnya, kenapa tidak rehat saja di rumah? saya memberitahu mereka, kalau saya menangis sampai keluar airmata darah pun..adik saya tak akan hidup semula. lebih baik saya ke kelas..teruskan hidup macam biasa.tapi sepanjang jalan ke universiti airmata saya keluar. saya bertanya kepada pelajar saya.. "kenapa ada di antara kamu yang selalu ponteng kelas hanya kerana masalah kecil? kerana bergaduh dgn boyfriend..hanya kerana putus cinta dengan girlfren..? waktu itu saya lihat ada pelajar2 saya yang dah menitiskan airmata.

selepas 3 hari...saya berhenti menangis. dah kering airmata. dan daripada Januari 1999 hingga tahun 2002 saya tidak boleh menangis. sesedih mana pun..saya tk boleh menangis. Saat itu baru saya tahu betapa menangis itu satu nikmat pemberian Allah kepada hamba2Nya. Terlalu sakit rasanya bila kita tidak dapat menangis. Waktu menziarah kubur adik saya..saya tidak menangis walhal saya amat rindukan dia. Ada satu perkara yg perlu saya ceritakan..semasa di UK setiap kali selepas saya solat, saya akan berdoa.."Ya Allah panjangkanlah umur datukku..(saya dibesarkan oleh nenek dan datuk). Berilah saya peluang utk berjumpa datuk, ayah dn ibu." itulah doa saya setiap hari. saya terlalu bimbang tidak dapat bertemu dengan datuk atau ayah dan ibu. sebb kita selalu berfikir yg tua akan pergi dulu. Bila adik meninggal, saya tersentak. saya tidak pernah berdoa utk adik2 saya..kerana selalu berfikir yang muda akan hidup lebih lama drpd yang org tua.

Allah mengajar saya..saya dapat apa yg saya minta..dapat bertemu dgn datuk, ayah dan ibu. Tapi Allah mengajar saya..jangan lupa org muda juga boleh diambil nyawanya bila2 masa. perasaan bersalah sebab tidak mendoakan adik2..buat saya rasa terduduk.menyesal dan macam2. bila difikirkan, apakah hak saya utk meminta Allah panjangkan umur hamba2Nya..sebab Allah dah berkata di dalam al-Quran " Bila datang ajal anak Adam, tidak akan lewat atau cepat sesaat pun.." Sejak hari itu..saya cuma berdoa, berikanlah kepada kami semua kebaikan di dunia dan akhirat." lambat atau cepat pulangnya seorang hamba adalah hak Allah utk menentukan. Saya insaf...saya tidak perlu 'mengajar' Allah apa yang patut dilakukanNYa.

sejak itu juga setiap kali pelajar2 saya kata, "dr, tolong doakan saya dapt kerja di perak..tolong doakan saya dpt kerja ini dan itu.." saya mmberitahu mereka.."Maaf, saya cuma akan doakan utk kamu, berikanlah yang terbaik utk pelajar2 saya." Allah tahu apa yang terbaik utk kita. kita tidak perlu mengajar Allah.tidak perlu 'memerintah' Allah buat itu dan ini...Kadang2 apa yang kita rasa baik utk kita tidak semestinya baik..jadi, terima ketentuan Allah dengan hati yang redha.

****************
tears drop..
YaAllah,jgn Kau uji aku dgn sesuatu yg tertanggung oleh hambaMu..

Friday, December 11, 2009

nak sangat pergi ke sana!!!


wah!!!
this going to be happend on next year!
Florence, Italy
deadline for registration is on 15Jun10..

InsyaAllah..sv dah bg greenlight
tapi cikaida kena kerja kuat ok!

kena mkn vitamin bnyk2..
supaya kuat ..
gigih bt labwork..
dan gigih writing..

terima kasih doakan cikaida!

ps/ esok submit abstract
nextweek submit report for UKM and KPT

busy me,
cikaida

Wednesday, December 9, 2009

Photoshoot di Portmarnock

cuaca yang sejuk xmenghalang encik adi n rakan2 photographernya pergi ke pantai untuk sesi latihan photography.. angin bukan sepoi2 ni, da macam ribut agaknya, tp still leh stay about 2 hours utk shoot gambar..

panorama @ Portmarnock
nice shot n editing of one of encikadi's teammate, Shah
encikadi in action
our main subject.. si cilik Affan.. dancing at the beach

main lukis-lukis





i m i s s m a l a y s i a

thank you

Monday, December 7, 2009

berpura2 rajin macam kura2..

Currently in library

yeap!
pura2 rajin je..
monday is a MOANDAY!!!

dah sejam setengah dlm library..
specific location:research student room

tapi still on page 2:::journal susah nak paham!
bahasa tahap dewa2 punya tinggi!

will try my best to conclude this journal..

go girl!!!
*inspiration*

CRAFTY TIME:::happy photo frame


is this frame looks happy and fun?
i made this for one of my bestfriend--suliana
for her 26th birthday!

hope she like it
the frame was from IKEA
and then i just guna the colourful felt
and put on some buttons to make it more sweet!

xoxo,
cikaida

Saturday, December 5, 2009

lompat 2!!

having fun editing some pictures right now..


new movie coming out.. JOBLESS

new movie available in 10-10-10.. watch out..

just kidding..

Lanscape cantik di Stephen Greens Park

beberapa scene menarik yg dapat dicapture di stephen greens park

awan2 yang cantik aritu.. bkn senang nak tengok kt dublin ni. jarang2 je ni
father n son throwing rugby ball..
duck..
cute scene
naked tree
daa..

Thursday, December 3, 2009

si kasut merah


cantikkan!

oh hari ni seronok..
sbb the weather was not too bad..not too cold,so I still boleh cycling to school..
Hope esok masih boleh jiwang2 naik basikal pg sekolah...

This morning from 9-12 i've attend a short seminar on
siRNA,miRNA and shRNA
seronok sbb something new to me..
hope boleh guna for my project in future..

then,i bt microscopy work..
syukur sbb ada sorg postgrad from India baru attach kat my school
and he did something almost related to my work for his PhD..
except for the molecular work...
so lega..sbb he keen to help me..
rasanya each time I jumpa dia ada je paper dia bg suh I baca..
tp I xsempat baca..
sbb hari2 labwork I bnyk
blk rumah I penat
I nak main FB..nak update blog..
that part of my life schedule..


Thanks Anand!
ps/ur son sgt comel..

Wednesday, December 2, 2009

Encikadi n geng2 kameranya..

Cameraman 1:: encikadi


cameraman 2:: rezza

cameraman 3::asharul

subject 1:: affan

subject 2:: nik

team Edward!


ok fine,
photo ni mmg x agak2..
sgt fake..

at least i ada pic dgn abg vampire nih..
sbb i team Edward!!!
even ramai yg kata>>
Edward kureng in New Moon..
and dah ramai yg berpaling tadah..
n dah join Team Jacob..

ok..xpe en.vampire..
i'll stick with ur team forever..
hihihihi..

I have watch 'NewMoon'
kalau nak bg rating..i kasi 5/10..
sebab i lagi beremosi bila baca the novel..
which mean..part Edward nak say good bye to Bella..
I cried!!!n almost scream..noooo!!!!

kelaka la saya ni..
well, itu kesukaan saya..
happy to share with uol..

U TEAM

EDWARD

or

JACOB

?????

hy encik SANTA!


seronoknya nak krismas..
seronoknya nak boxing day for the 1st time!

ps/im working on my hand made christmas tree

dompet baru saya kale biru bunga2







this is my new wallet..
i like the style...vintage look
from Cath Kidston..
i suka kedai ni..
comel sgt n rasa nak beli semua collection!
tp i x kaya lah..

ada x kedai mcm ni kat Malaysia?
kalo la i ada masa..
i nak bukak kedai mcm ni lah!