Thursday, July 29, 2010

DAY1 London

This is my 2nd visit to London, and 3rd visit by Adi sbb last month dia dah pergi sorang2, to meet his friend yg dah nak blk for good.

This time pergi just utk beli hadiah2 utk org Malaysia. So, 2d1n cukup.
Anyway, xlah murah macam factory outlet,
but for certain goods they are worth to buy.

Saya tempek bnyk gambar.
Harap kamu suka.



Oxford street memang selalu sesak. Kalau kamu pg London, xperlu dtg sini pergi High Street Kensington pon OK utk shopping.

Baik, jumpa SMEG idaman saya.harga GBP999.Berangan sudah.

Tower Bridge at night.lepak2 and tgk org.

Piccadilly Circus. tak ada apa, cuma suka papan iklan besar ni.feel mcm kat Times Square.

Iklan McD ni akan selalu tukar2,best kalau nak ambik gambar.


At Cool Britannia
Easy bus.from airport to the city.
KFC Halal!

Nampak gambar pakcik Sherlock Holmes kat blakang tu?
Ni dkt station Baker street.

Day 2 photos will be updated soon.

HELLO london!


will update photos from london soon.

love,
aida

Saturday, July 24, 2010

butang-butang


suka?
kamu pon boleh buat.
from the plain bags they tranform to a very cute bags.

happy decorating!

Friday, July 23, 2010

kuatkan hati Ida

Dia jatuh kerusi semalam.
dan tangan dia patah. agak teruk.
semalam dia kena operate.

Dia, Ida kawan baik saya kat school.
saya microbiologist, dia chemist.

Saya selalu kacau dia sbb lab kami dkt.
Rasa sebak tgk Ida kat hospital td.
Rasa hebatnya Alah berikan dugaan pada hambanya.

Kawan-kawan, doakan kawan saya kuat.
Saya tak mahu dia putus harap.

Baru saya rasa sedihnya bila ditimpa bencana kat sini.
Keluarga kami jauh.
Kami cuma punya kawan2 utk bergantung harap.
Doakan kami yg jauh menuntut ilmu disini sentiasa dilindungi, dan dimudahkan urusan kami.

Kamu mungkin nampak kami gembira disini,
tapi dlm hati kami kamu tak tahu kan.

Tapi, susah dan payah macamana pun,
kami akan teruskan perjuangan disini. Ini amanah, itu kata Adi.

Semoga hati Ida kuat.

-aida




bila dia derita

sedih
dan sedih

setiap kali mendengar derita yg dia rasa
rasa sakit
rasa perit
tapi dia kuat, tabah

dan dia mama.

Aida doakan mereka yg buat kita derita mendapat hidayah nanti.

YaAllah, andai dugaan ini dari dosa-dosa lalu kami, Kau ampunkanlah kami.

*sedih bila mama letak phone and kata i love you,
tapi aida dgr suara mama nangis.
and sedih bila mama kata mama ada jumpa satu budak perempuan, mcm aida.
mama jadi rindu aida.

mama,rindu!

-aida

Wednesday, July 21, 2010

full of hatred.

pernah tak terfikir kalau tanpa kita sedar
org yg rapat dan baik dgn kita
sbnarnya org yg paling tak suka kita

saya tak tahu kenapa perlu rasa mcm ni
sbb itu yg selalu berlaku pada keluarga
dan saya takut itu akan berlaku pada saya jugak
mungkin sedang berlaku atau
akan berlaku.

YaAllah jauhkan lah rasa benci mereka pada hambamu.

Saya cuma percaya Ibubapa dan suami saya.
Mereka tak akan pernah tikam saya dari belakang.

-aida

Tuesday, July 20, 2010

summer and winter.me and you.

i've been busy with photo editing for my 1st photobook.
this is one of my favourite.


Friday, July 16, 2010

Rayhan

hi!
im Rayhan.

baby Rayhan is a boy to our neighbour in Kajang, but they are currently working in Dublin.

We make a visit to their house at Lucan on last week.ops,lambat update. cerita basi.

comel tak the 'R'?
i made that for Rayhan.

hope you like it Rayhan!


Wednesday, July 14, 2010

Happy Birthday mama

i made this for mama.
i ask her to hang this in her car.
so, everytime mama lihat ni, mama ingat aida.
rindunya nak drive kan utk mama.

HAPPY BIRTHDAY

to mama.

I miss you so much.
Especially your hugs and kisses.

5 bulan lagi.

Sunday, July 11, 2010

bila dia melukis.

for my sister doyah,
who madly crazy with spain. ok girl, go spain and kidnap the 3hot guys!
hahaha.

atok.

Waktu kamu kecil2 dulu,
dgn siapa kamu paling rapat, paling sayang sekali?
kalau kamu tanya saya.
arwah atok saya, ayah mama. suami nenek.

Masa saya umur 10 tahun, saya dan abg pilih utk tinggal dgn nenek and atok di Kelantan.
Nak tahu kenapa saya xnak ikot mama and abah tinggal kat KL?
Sbb saya takot nanti org KL cakap english dgn saya.
oh, nonsense aida!ya, saya sgt xsuka class english. i hate english so much.
but see what happend to me now?
i end up speaking english everyday. mat saleh everywhere.
if u realize by reading my blog content, my english wasn't great and sgt tak hebat.

dan saya rasa, kalau kamu nak jadi mcm saya,
kamu perlu membenci bahasa inggeris?
hahahaha.

Back to my story, after UPSR, I continued my life for 5 years at one of the boarding school in Kelantan. So masih dkt dgn atok and nenek.
Almost everyweek atok dtg melawat. Atok rajin dtg melawat. Bukan setakat tu, bila nk blk KL jumpa mama atok yg hantarkan, atok xbagi aida pergi sorg.
Atok tak bnyk cakap. Tapi atok selalu ajar saya Matematik, sbb tu selalu skor Matematik.
Patotnya jadi akauntan kan bukan ahli kaji kuman.

Seingt saya, atok xpernah marah saya. Abg yg selalu kena marah, sbb nakal.
Atok, aida cucu yg baikkan? Aida pon xpernah lawan cakap atok, xpernah naik suara dgn atok.

Atok pergi waktu saya mula menyinar, ya waktu saya bangkit untuk berjaya.
kamu mungkin xtahu, waktu kejatuhan saya adalah SPM.
Oh sgt memalukan utk diceritakan di sini. Kawan2 berjaya semua dpt tawaran belajar hebat2, saya cuma ke kolej matrikulasi. Alhamdulillah, di sini saya tetap berjaya.

Dalam minggu tu, saya ingat saya selalu menangis. Tak ada sbb utk menangis, tp rasa sgt sayu.
Masa tgh nangis, mama call and kata packing brg, mama nak ambik blk Kelantan.
I was surprised and x sangka kesedihan saya dlm minggu tu berakhir dgn berita tentang atok.
Atok pergi sehari selepas nenek sembuh. Sebelum tu, nenek yg sakit xdapat jalan, atok yg angkat untuk ke mana2, mandi makan nenek semua atok buat sorang2. Itu yg buatkan aida sedih, bila nenek dpt bgn jalan, dan atok pergi selamanya. Besar pengorbanan atok.

Atok, semoga Allah berikan ganjaran yg besar utk atok, atok terlalu baik untuk kami.
Kalau atok masih ada, aida cuma nak bagitau
dimana pun aida, siapa pun aida nanti ini sebahagian dari doa dan kasih sayang atok curahkan. bila aida rasa senang, aida selalu terdetik dlm hati, kalau atok ada, atok mesti gembira. Aida selalu mimpikan atok, Tenang aida lihat atok dlm mimpi. Dlm semua mimpi tu, atok tersenyum tapi x berkata2.

Aida rindu atok, semoga arwah atok ditempatkan dikalangan hamba Allah yg beriman.Aamin.

Salam sayang cucumu,
Aida


sunday again.


oh, here comes mr.sunday again.
yes, sooner or later. it will come.
and i know ur happy to have sunday,
and maybe not me.
because the nextday going to be monday.
and monday is my lazy day.hahaha.

anyway, hope you enjoy sunday.
and i pick my fav pic of us at Amsterdam, March'10.

stokin

kamu suka pakai stokin?
kalau tak pakai stokin kaki bau busuk.
ya saya tau bau busuk. oh sgt memalukan.
skrg summer,saya sgt xsuka pakai stokin.
kaki saya panas!dan sbb tu saya rasa kaki saya pon busuk.
hahahaha.
so, sila pakai stokin.

kamu pakai sarung kaki warna kaki/stokin warna-warni ada corak comel2?
eh,kenapa cerita pasal stokin?

sbb tadi saya teringatkan umur 18 saya.
ya, almost 7 years ago.
pantang jumpa stokin comel. mesti beli dan mestilah sbb saya pakai.
tapi itu dulu.bukan skrg. sgt xsuka stokin.

saya xsuka stokin,jadi kaki saya busuk?

sorry posting boringkan.
dah 3pagi,saya nak solat subuh.

selamat pagi!

Tuesday, July 6, 2010

sepi seorang sahabat.

Terdetik untuk menulis sesuatu untuk seorang sahabat.
baru semalam saya tahu dia dilanda dugaan maha besar.
YaAllah, sesungguhnya aku panjatkan doa, jangan Kau berikan kami dugan yg tak mampu kami tanggung.

Genap 100 hari bersama,
sang suami pergi selama-lamanya.
Bergenang air mata, mengenagkan nasib seorang sahabat.

Saya tahu dia seorang sahabat yg baik, dan Allah berikan dugaan sebegini.
Saya cuba bayangkan saya di tempatnya, tak mungkin saya kuat untuk hadapi semua ini.
Saya lemah.

Balasan msg dari dia membuatkan hati saya lagi sayu. Saya kongsikan disini, utk kawan2 ambil ini sbg panduan utk lebih kuat lalui kehidupan. Sbb saya tahu, hidup ini bukan mudah. Saya sendiri rasa sakit utk terus berjuang.

Salam Aida..
trma ksh sbb ingt akk lg..

kdg2 k.A sndri pun xtau knp k.A yg jd pilihan Tuhan..mgkin sbb bkn diri k.A yg Dia pilih tapi suami..suami yg sgt baik mcm dia Thn pinjmkan pd k.A sekejp je..tp alhmdllh,k.A bngga teramat sgt dgn kurniaan Dia.

k.A xnk sape2 pun rase apa yg akk rs skrg..bende ni sgt perit..1 masa mmg xtertanggung.akk xkuat,aida..berpura2 kuat utk jg hati smua org..

mmg akk mgadu dgn Thn yg akk sgt2 xsggup hdpi smua ni..akk xsgp pisah lama2 dgn dia..mintak Thn kembalikan akk pd suami..sbb tmpt isteri di cc suami kan?bila mgadu mcm tu rase puas..mdh2an perpisahan ni xlama..

aida,ingat pesan akk...akk mgkin kwin xlama,tp akk hdp dgn dia dh lama..he was a hsbnd to me since d vry 1st kami bcnta..ada cnta yg lbh lama,tp masing2 xsm..

ape yg akk lalui skrg ni byk mngajar..tp akk da xde ksmptn nk tnjkkan pd suami..cma mmpu tnjkkan dgn cara bdoa,bsdkh,ziarah kubur stp hari..hrp2 dgn cara 2 pahala bertrsn dan hrp2 sgt dgn cara 2 dia tahu k.A cinta dia spnuh hati akk.

bila kita gmbira..jgn lupa pnjatkan kesyukurn kita pd thn..Dia yg anugerahkan bhgia tu..jd berterima kasihlah..i was so vry hppy wth my marriage..1 saat mgkin akk lalai dgn kegmbiraan & kebhgiaan yg Dia bg..

terima smua kekrg dan kelbhn suami dgn sng ati dan berlapang dada..jgn sesekali merungut..even dlm hati sekalipun..thn mndgr..kita xtau kalau2 Thn kabulkan rungutn kita..

plg pnting,jgn kecikkan ati suami..xtrma smbhyg kita slagi xhlg kck ati dia..bhgiakanlah dia slgi mmpu,aida..

knp k.A ckp mcm ni smua..?
rase ralat sbb xdpt btl2 mtk maaf dr dia..wlaupun k.A tau dia xprnh mrhkn akk..tp skrg2nya k.A teringin nk mntk ampun smua dosa kt dia slma ni..asek ckp nk tgu raya je..tp xkesampaian pun..

dia pergi saat k.A xbersedia lgsg..i tot hdp kami will last longer..sekrg2nya dpt tgk dia tua..dpt tgk ank2..dpt hnymoon..xkesmpaian smua tu..perit bila pk smua ni..

hargai apa yg aida ada skrg..tp bersedia itu perlu..Thn pnjmkan dia utk bsama2 k.A ckup 100 hari..subhanallah..

Saya harap pembaca mengerti kenapa saya rasa sgt sayu, dtg rasa sepi dan insaf. Bersyukurlah dgn apa yg kita ada, jagalah hati org2 yg kita syg, terutamanya ibu bapa dan suami.

Untuk suami tercinta, maafkan b kalau b ada bnyk buat salah atau abg kecil hati dgn perbuatan dan ucapan b. Terima kasih, terus setia bersama, dan menjadi suami yg sgt sempurna untuk b.

Saya harap kawan2 yg baca posting ni,
sama-sama kita sedekahkan Alfatihah untuk arwah, dan doakan sama Allah berikan kekuatan dan semangat untuk sahabat saya A untuk teruskan hari2 yg mendatang.

salam sayang,
cikaida